Kembali Mencoret...
Sudah agak lama aku tidak menulis didalam blog yang aku create sejak setahun yang lalu. Kini aku ingat aku ingin kembali menulis, tetapi tidaklah sehingga menulis sebuah novel.
Seperti biasa aku ingin mengupas beberapa isu yang aku rasa penting jika dimuatkan didalam blog aku ini. Pertama, masalah dunia. Kedua, komen mengenai filem yang ku lihat dua hari yang lepas dan yang ketiga, ingin aku kongsikan dengan semua pembaca mungkin sedikit pengalaman yang ku tempoh sepanjang 30 tahun aku hidup.
Masalah dunia, apa yang hendak aku katakan. Sempat melihat demonstrasi yang diadakan dihadapan kedutaan US tempohhari. Semua berkaitan gelaran 'Sir' yang akan diberikan kepada Salman Rushdie. Siapa dia Salman ini? Ntahlah... setahu aku dia seorang manusia yang menulis perihal menghina Islam, agama yang aku anuti sekarang.
Bila menyebut berkenaan Salman ini, teringat aku sejarah Islam yang aku pelajari semasa di form 6 dahulu. Kalau Salman dengan penulisannya menghina Islam, insan yang ingin aku sebutkan disini adalah pahlawan terulung yang bangun berjuang menentang pihak kristian iaitu Salahuddin Al-Ayubi.
Apa persamaan mereka ini? Tiada persamaanpun, cuma kedua-dua nama mereka berasal dari huruf S. Selain dari itu, perwatakan mereka sungguh berbeza. Jika Salman menghina Islam, Salahuddin pula menyelamatkan Islam. Begitulah lumrah hidup manusia. Jika kita tidak sedar dari mana asal kejadian kita, maka seperti Salmanlah jadinya.
Jika kita sedar siapa kita, bagaimana kejadian kita, siapa pencipta kita, maka seperti Salahuddinlah kesedaran kita. Maka kesimpulannya, kita mesti berpegang kepada 2 perkara sahaja iaitu Al-Qitab dan Al-Sunnah.
Kedua, perkara yang hendak aku kupaskan disini, adalah berkenaan filem yang aku lihat iaitu filem ciptaan US yang angkuh bertajuk Transformers. Filem ini berasal dari siri sebuah kartun, namun diolah menjadi sebuah filem yang hebat aksinya.
Tetapi apa yang aku lihat disini dimana sentimen US hendak mempermainkan Islam itu sendiri. Filem yang mungkin akan ditonton oleh kanak-kanak ini dimuatkan dengan sentimen anti Iran dan keburukan negara berkenaan. Inilah dunia yang cuba dikuasai oleh mereka. Bayangkan kanak-kanak yang pergi menonton filem ini pasti akan tersemat diminta mereka bahawa teruknya negara Iran itu... bagusnya negara US.
Ketiga, kupasan berkenaan 30 tahun pengalaman hidupku adalah cabaran anak-anak zaman sekarang. Zaman aku, mempelajari pembacaan Al-Quran wajib. Tak belajar akan dirotan. Budak-budak sekarang membaca Al-Quran pun ramai yang tak lancar dan jangan dikatakan bacaan jawi, lagilah.
Mungkin inilah hakikat dunia akhir zaman. Islam semakin dipinggirkan. Hanya yang mampu kita sedar adalah masih ada golongan yang cuba menegakkan islam walaupun dugaan agak hebat kini.