7 Thinking

Wednesday, April 27, 2005

7 Thinking dan VSS

Bermula dari seorang sahabat menceritakan berkenaan Blog ini, penulis mula berjinak-jinak dengan mendaftarkan diri serta menbuka satu ruangan sendiri. Agak lama rasanya penulis tidak melibatkan diri dalam ruangan-ruangan sebegini. Sejak meninggalkan bidang kewartawanan 4 tahun lalu, ilham atau minat untuk menulis terus pudar. Namun kini, dengan ruangan seperti Blog ini, penulis akan cuba kembali mengasah bakat serta ilmu yang selama ini dimiliki tetapi tidak dipraktikkan.

Lagi beberapa hari kita akan melangkah ke bulan Mei 2005. Ada sahabat yang datang dan akan ada sahabat yang pergi. Apa yang penting, kehidupan yang mendatang kita patut hadapi dengan penuh tabah serta keinsafan.

Bermula bulan mei nanti, penulis akan kehilangan beberapa sahabat kerana mereka terlibat dengan Skim Perberhentian Secara Sukarela atau dengan mudah dipanggil Skim VSS. Apa Skim VSS ini sebenarnya? Dari kacamata penulis Skim VSS ini tidak mudah hanya sekadar satu sistem yang diwujudkan di zaman era globalisasi ini bagi membuka ruang kepada individu-individu tertentu untuk membuktikan mereka adalah insan terhebat.

Tentu ada reasonablenya skim ini diperkenalkan. Pronya, syarikat lebih kompetetif dan kontranya, berkemungkinan skim ini merupakan skim yang bukan bersifat perikemanusiaan.
Walaupun anda diberikan wang dan ganjaran, apalah hendak dikira, wang dan ganjaran dengan ikatan persahabatan dan seumpamanya.

Manusia semakin cerdik, seperti petikan yang penulis ambil ketika menyertai kursus 7 thinking, bahawa akal dan idea manusia semakin berkembang dan tidak akan kendur. Mari kita imbas bagaimana manusia dulu menganggap bahawa manusia tidak boleh terbang dan tidak boleh menyelam didalam air selama mungkin, namun kini semua kemusykilan tersebut terjawap. Terciptanya kapalterbang dan kapalselam membuktikan kepada kita dan golongan cerdik pandai ini segalanya adalah berkemungkinan.

Oleh sebab itu, golongan yang merasakan diri mereka cerdik ini memperkenalkan Skim VSS yang bertujuan memantapkan lagi sesebuah organisasi, katanya. Walaupun bagi mereka terdapat banyak kebaikan namun nilai persahabatan bukan mudah untuk dicari.
Bukan dengan hanya memberikan ganjaran dan wang, nilai persahabatan dapat dibeli. Mungkin inilah acuannya bila akal digunakan hanya kearah kebendaan dan logik, bukan kearah nilai-nilai yang dituntut oleh Rabbi.

Bukan tujuan penulis untuk meunding jari kepada sesiapa, akan tetapi dalam dunia yang semakin maju ini, penulis melihat nilai-nilai murni itu semakin ditinggalkan. Mungkin sampai disini, bagi coretan penulis kali ini. Marilah kita menilai siapa kita didunia ini.

2 Comments:

At 8:06 PM, Blogger ingatuhan said...

pergghh.. tu dia.. pro in the making.. badang, ko tulih lah cito2 hangat laie paneh barulah tobaka .. muahhahaha

 
At 5:45 PM, Blogger Unknown said...

cayalah badang .... keep it up bro !

 

Post a Comment

<< Home