7 Thinking

Tuesday, May 10, 2005

Typical Mindset

Tajuknya artikel pada kali ini agak unik kerana tajuknya yang menggunakan bahasa Inggeris. Bagi mereka yang memahami apakah itu Typical Mindset mungkin tiada masalah, namun sebaliknya bagi mereka yang tidak mengetahui. Huraian ringkas Typical Mindset dari pandangan penulis adalah pemikiran yang tidak boleh diubah, walaupun pelbagai faktor termasuk faktor sekeliling cuba untuk mempengaruhinya.

Kita sudah biasa dengan tabiat yang sukar untuk kita ubah. Jika tabiat ini merupakan tabiat bersifat positif sudah tentulah kesannya adalah baik, namun jika sebaliknya, itu yang susah. Penulis mengakui agak sukar bagi manusia untuk berubah. Jika diimbas zaman Rasulullah S.A.W lagi, agak sukar untuk Rasul mengubah penduduk Mekah bertukar kepercayaan dan menerima islam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Rasul sehingga terpaksa mengambil langkah drastik dengan berhijrah.

Penulis sendiri merupakan golongan yang mengakui sukar untuk berubah. Inilah puncanya, penulis merasakan bahawa pembangunan rohani dan jasmani diri sendiri tidak kemana dan penulis berani menyatakan disini bahawa tidak semua manusia berani untuk berubah.

Apa kaitannya perubahan disini dengan typical mindset? inilah persoalannya. Jika penulis ingin mengupas dengan lebih terperinci berkenaan hal ini bermakna artikel pada kali ini agak panjang, namun disini penulis akan cuba menghurai beberapa aspek yang apa penulis fikirkan penting dan perlu direnungi.

Dari pemerhatian, manusia apabila meningkat usia, mereka lebih sukar untuk berubah. Tidak kira berubah pemikiran atau berubah apa-apa pun. Jika sukar untuk berubah pemikiran dan tanggapan, maka secara langsungnya, tabiat manusia sendiripun tidak akan berubah. Inilah dia typical mindset dari kacamata penulis.

Jika kita masih typical mindset, sampai bilapun kita tidak akan maju walaupun kita dikenali sebagai insan terhebat. Disini penulis ingin membawa pembaca berfikir sejarah kesultanan melayu dahulu. Pihak penjajah cukup pintar dengan menggunakan pemikiran yang tipikal ini bagi menjajah kita. Kita dijajah adalah kerana pemikiran yang sebegini. Umat Islam kini ketinggalan dalam semua aspek adalah disebabkan oleh pemikiran typical mindset.

Cubalah kita renungi sejarah terdahulu. Terlalu banyak mereka yang gagal akibat dari pemikiran yang sukar diubah ini. Begitu banyak contoh, dari kerajaan Negara China purba hingga Kerajaan Timur Tengah, Kerajaan Eropah semasa zaman gelap dan pelbagai lagi, semua ini tidak perlu diulas dengan lebih lanjut. Ingatkah kita dengan kejatuhan Kerajaan Othmaniah, mungkin jika penulis menulis dengan panjang lebar, kita dapat mengetahui sejarahnya?

Kesimpulannya, semakin tua kita, semakin sukar untuk kita berubah. Manusia akan mengambil pelbagai langkah untuk berubah tetapi manusia tidak berani untuk mengambil risiko. Inilah impak kenapa kita sukar untuk berubah. Hanya setakat ini ulasan penulis berkenaan tajuk yang agak unik ini. Jika diizinkan, penulis bercadang untuk mengupas dengan panjang lebar berkenaan perkara ini dalam artikel yang berikutnya. Wassalam.